Pasti ramai orang pernah melalui pengalaman diganggu atau ternampak makhluk halus secara tidak sengaja.
Pengalaman yang tidak semua orang ‘bertuah’ untuk melaluinya itu amatlah sukar untuk dijelaskan dan dibuktikan tanpa bukti yang kukuh.
Namun begitu, satu video yang telah tular di TikTok ini tampak dapat membuktikan kewujudan makhluk halus tersebut.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @wshw1105 itu memaparkan terdapat satu kelibat wanita yang tampak berpakaian serba putih dengan rambut panjang sedang berdiri di pintu sebuah rumah lama yang kosong terletak di Tanah Merah, Kelantan.
Menurut pemuat naik video tersebut, video itu diambil di rumah lama yang diduduki uminya dahulu.
“Kampung family belah umi saya ni. Dekat Tanah Merah, Kelantan. Kami stay KL. Saja saudara umi buat video rumah lama umi saya dulu. Tapi lain jadi,” tulisnya.
Tambahnya lagi, ketika mereka merakam, mereka tidak perasan langsung akan kelibat tersebut.
Namun ketika mereka melihat semula rakaman itu, barulah mereka menyedari bahawa terdapat satu kelibat kelihatan di rumah tersebut dalam video yang dirakam itu.
“Tapi tula, tiba-tiba muncul. Masa tuannya rakam takda apa pun katanya,” jawabnya membalas pertanyaan warganet.
Video tersebut lantas telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 97 ribu tontonan.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut.
Ramai warganet yang mendakwa bahawa kelibat itu adalah pontianak.



