Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas Kejadian ‘Hujan Api’ Ketika Petir Sambar Wayar Bas Elektrik

Gambar: Daily Mail

Beberapa pejalan kaki berhadapan detik cemas apabila ‘dihujani’ percikan api ketika melalui sebuah jalan di Rusia. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila petir menyambar wayar bas elektrik di bandar St. Petersburg pada 19 Mei lalu, tulis Daily Mail.

Menerusi rakaman CCTV, kelihatan cahaya cerah menerangi kawasan itu diikuti bunyi guruh yang cukup kuat dipercayai petir yang menyambar kabel di lokasi kejadian.

Fenomena itu disusuli percikan api yang bercucuran jatuh ke atas jalan, membuatkan para pejalan kaki terpana seketika dan kelihatan teragak-agak untuk meneruskan perjalanan.

Tambah portal itu, sebuah rakaman dari jarak jauh pula menunjukkan letupan besar berlaku di lokasi tersebut.

Rakaman gambar dari jarak jauh. (Gambar: Daily Mail)

“Saya tak pernah lihat sesuatu seperti ini sebelum ini. Ia cukup menakutkan dan mengujakan,” kata salah seorang saksi.

Berdasarkan laporan, fenomena itu berlaku apabila petir menyambar wayar bas elektrik dan menyebabkan pelepasan elektrik yang kuat, sekaligus menimbulkan letupan serta percikan api.

Tiada individu dilaporkan cedera sewaktu kejadian itu berlaku, lapor portal Daily Mail.

Sumber: Daily Mail