Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mungkin Berebut Makanan, Oyen Pasrah Kena Tekan Kepala Dalam Bekas, Siap Kena Gigit Telinga

Bagi pencinta kucing, mesti ramai yang sudah tahu dengan gelagat si Oyen yang selalunya membuat pelbagai masalah sama ada sesama kucing ataupun manusia.

Walaupun begitu, ianya tetap memberikan senyuman kepada orang yang melihat karenah kucing nakal itu. Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video ini apabila si Oyen dibuli kucing lain ketika menikmati makanan.

Dalam rakaman yang dikongsikan dalam Group Oyen Buat Hal Apa Hari Ini?, seekor kucing berwarna kelabu hitam dilihat sedang menekan kepala Oyen dalam bekas makanan.

Tak cukup dengan itu, kucing itu juga bertindak mengigit telinga si Oyen yang pasrah mukanya ditekap dalam bekas tersebut.

Sumber: @hosdog05 via Oyen Buat Hal Apa Hari Ini ?