Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Malam tadi kita menerima perkhabaran duka, apabila seorang ‘Youtuber’ popular, Narayana Reddy yang mengendalikan laman Youtube ‘Grandpa Kitchen’ dilaporkan telah meninggal dunia.
Dengan jumlah pengikut lebih dari 6 juta orang, laman Youtube ‘Grandpa Kitchen’ sentiasa menarik perhatian ramai dengan pelbagai resepinya yang dimasak dengan cara tradisional menggunakan kayu api dan kuali ‘gergasi’.
Lebih mengujakan apabila beliau tidak lokek berkongsi makanan yang dimasaknya dengan orang kampung dan anak-anak yatim.
Keceriaan serta keletahnya sewaktu memasak dengan tagline ‘mix well’ benar-benar menambat hati sesiapapun untuk menonton setiap episod kendaliannya.

Lantaran itu, pemergiannya telah meninggalkan kesan dihati masyarakat dunia. Rata-rata netizen berdukacita hingga tanda palang #RIPGrandpa trending di twitter.










Sumber: Twitter