Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Panduan Perjalanan Untuk Penerima Vaksin Yang Mendapat Janji Temu Di PPV SPICE Arena, Pulau Pinang

Gambar: @JKJAVMY via Twitter

Baru-baru ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca telah dibuka bagi negeri Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Jadi, orang ramai yang di bawah usia 60 tahun berhak untuk mendaftar dan memilih tarikh-tarikh pilihan mengikut kelapangan masing-masing.

Apabila janji temu vaksin telah ditetapkan, setiap pendaftar perlu mengikuti lokasi dan masa yang telah ditetapkan. Bagi penerima vaksin yang berada di Pulau Pinang, ada yang ditetapkan lokasi janji temu di PPV SPICE Arena.

Jadi, kepada yang mungkin belum mengenali tempat tersebut, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Aksen Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah berkongsikan panduan perjalanan ke lokasi ini di ruangan Twitter mereka.

Antara panduan untuk ke sana adalah:

  1. Teruskan pemanduan melalui jalan Tun Dr. Awang (PICC berada di sebelah kiri)

  2. Ambil susur laluan ke kiri dan teruskan pemanduan (SPICE Convention Centre di sebelah kiri)

  3. Ambil susur laluan ke kiri (Olive Tree Hotel di sebelah kanan)

  4. Masuk melalui pintu masuk 1 dan sila pamerkan temujanji Mysejahtera (SPICE Aquatic Centre berada di sebelah kiri)

  5. Sampai ke destinasi – PPV SPICE Arena berada di sebelah kanan

Ikuti video lengkap yang dikongsikan di bawah.

Sumber: Twitter @JKJAVMY