Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih sayang ayah sepanjang masa. Itulah ungkapan yang mengambarkan keakraban seorang anak perempuan dengan ayahnya semasa dalam satu majlis akad nikah baru-baru ini.
Video ijab kabul tersebut meraih lebih daripada 4,ooo ulang kicau dan 4,300 tanda suka sekaligus menjentik hati kecil netizen mula tular di Twitter milik Yasmin Sofea. Seorang ayah tidak dapat menahan rasa sebak sejurus menjadi wali kepada anak perempuannya.
Only God knows how much along love you Papa. I will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. I love u and your the best papa I could ever have. Along sayang papa sangat.
Menurut Yasmin semasa dihubunginya, dia sememangnya sangat rapat dengan ayahnya sejak kecik. Ayahnya terlalu sebak sehingga mengalirkan air mata semasa majlis akad nikad sedang berlangsung.
Kalau sesiapa yang kenal Papa, korang akan tahu Papa tidak akan menangis walau apapun terjadi. Dia sangat kuat, tegas, pendiam, garang dan tidak pernah beritahu kitaorang yang dia sayang kami.

Masa Papa jumpa husband first time before merisik. Dia ada bagitau Firdaus (andai kata semua ni berjalan lancar, Uncle nak bagitau satu perkara. “If lepas kahwin ada yang tak suka dengan anak Uncle, macam mana Uncle bagi dia dekat awak, pulang kan dia balik secara baik” that part buat I cried a bit. Sebab dia betul-betul nak kan yang terbaik untuk anak dia.

Tambahnya ketika dihubungi, wanita ini tidak berjumpa dengan ibu bapanya sehinggalah ketika datang ke masjid baru berjumpa dan dia sudah tahu bahawa ayahnya akan menjadi wali untuk pernikahannya. Lagi pula, dia sudah bersedia dan semua akan berjalan dengan lancar.

Kepada yang menonton video ini, sewaktu Papa menangis, saya sudah tidak boleh menahan emosi seperti biasa sebab Papa sangat susah menangis.
Malah, video pendek yang dimuat naik olehnya itu mendapat sambutan daripada netizen, ada di antara mereka yang berkongsi detik yang sama.





Sumber: Yasmin Sofea