Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Patut La Sampai 52 Juta Tontonan, Video Pemandangan Indah Ni ‘Pukau’ Penonton, Selipar Sebagai ‘Prop’

tips rakam video
Gambar: @newuk001

Dengan kreativiti, perkara yang difikirkan susah pun boleh jadi mudah. Mungkin sudah berdarah seni, ada sahaja idea dan cara baru mereka untuk menghasilkan suatu karya menarik untuk dikongsikan kepada para peminat.

Salah seorang videografer di TikTok, @newuk001 telah menarik perhatian jutaan penonton dengan cara uniknya merakam sudut bawah dedaun hijau dengan hanya menggunakan selipar sebagai ‘sampan’.

Caranya, pemuda itu telah meletakkan telefon pintar dalam keadaan kamera menghala ke atas selipar sebelum menghanyutkan objek tersebut di satu laluan air yang dikelilingi pokok keladi.

Hasilnya, pemandangan langit biru dan dedaun hijau dapat dirakam seakan penonton sedang belayar di sungai dalam dunia ‘Alice in Wonderland’. Cukup menakjubkan.

Video tutorial itu telah mendapat lebih 52 juta tontonan dengan 6.3 juta tanda suka di laman tersebut.

Sumber: @Newuk001