Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa orang ramai kini dibenarkan merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menurutnya, kebenaran tersebut dibuat supaya orang ramai mempunyai bukti kukuh bahawa mereka telah divaksinasi.
Jelasnya, kebenaran itu telah diberikan bagi membantu melancarkan perjalanan program PICK.
Selain daripada itu juga, beliau turut menekankan SOP sedia ada untuk petugas kesihatan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kuantiti yang sempurna sebelum suntikan diberikan kepada penerima.