Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tugas seorang guru tidak mudah yang disangka. Bukan di sekolah rendah atau menengah sahaja ada dugaannya, mengajar di prasekolah juga ada liku-likunya.
Apa yang menjadi perhatian rakaman daripada Cikgu Ayu yang mengajar di sebuah prasekolah telah membuatkan ramai terhibur dengan pelajarnya yang menyambung ayat dalam sesi pembelajaran.
Video yang kurang daripada 1 jam dimuatnaik di laman Tiktok cikgu Ayu mendapat sambutan ramai apabila salah seorang anak muridnya menyambut ayat “perut buncit macam cikgu.”
Terduduk cikgu terkedu dengan kata-kata gurauan daripada anak muridnya itu. Bagaimanpun cikgu ini tidak memarahi anak muridnya itu, tetapi terberhenti seketika sebelum memulakan pembelajaran semula.
Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pelajar di sekolah tersebut.
Sumber: Cikgu Ayu