Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Jika berkunjung ke Mekah untuk tujuan mengerjakan haji atau menunaikan umrah, antara tumpuan utamanya adalah Kaabah yang terletak di Majidil Haram. Ianya merupakan ‘kiblat’ bagi seluruh umat Islam tidak kiralah di mana mereka berada.
Selain itu, umat Islam yang mengunjungi kawasan berkenaan tidak akan melepaskan peluang untuk meminta doa daripada Allah SWT. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui mengenai Kaabah tersebut terutamanya bagi golongan yang belum berkesempatan untuk ke sana.
Antara komponen yang terdapat pada Kaabah ialah kain kiswa yang diperbuat daripada sutera dan kapas dan disulami dengan ayat-ayat al-Quran. Kain yang mempunyai keluasan 658 meter persegi itu digunakan untuk menutup bangunan Kaabah.
Melalui satu perkongsian di laman Twitter, rakaman menunjukkan kain tersebut ditukar telah berjaya memukau pandangan warganet.
Detik-detik indah itu disaksikan ramai orang. Kain yang baharu telah dilapiskan terlebih dahulu sebelum kain kiswah yang lama dijatuhkan.
Momen tersebut telah berjaya memukau pandangan rata-rata netizen malah ada juga yang memanjatkan kesyukuran terhadap peluang tersebut.
“Menakjubkan”

“Kerja yang sangat diberkati”

“Semoga Allah memberikan kita peluang untuk melihat ianya berlaku di depan mata”

Sumber: Hadith of the Day