Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Rakaman Udara Dipercayai Di Lokasi Pesawat Penumpang Terhempas, 28 Dikhuatiri Terkorban

Kredit: Disclose.tv/France24

Sebuah pesawat dengan 28 penumpang dilaporkan terhempas di timur Rusia pada Selasa dan dipercayai tiada yang terselamat, lapor The New York Times.

Pesawat buatan Soviet itu dilaporkan terputus hubungan ketika melakukan penerbangan di kawasan semenanjung bergunung di Kamchatka kira-kira 10 minit sebelum dijangka mendarat di bandar Palana, tulis portal itu.

Beberapa jam kemudian, kru pencarian udara menemui serpihan badan pesawat di dalam laut dan persisiran pantai.

Pesawat Kamchatka Aviation Enterprise Flight 251 itu dikatakan cuba mendarat buat kali kedua ketika keadaan berkabus sebelum terlanggar tebing.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika cubaan mendarat dengan penglihatan yang terhad,” kata gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov dalam satu kenyataan.

Sumber: The New York Times