Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Ramai-ramai Cuci Masjid Dimasuki Banjir Tanpa Mengira Bangsa, Video Ini Buat Warga Maya Sebak & Gembira

Gambar: @rejean0810

Tragedi banjir yang melanda negara membuka mata rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara. Ketika waktu sukar inilah rakyat dapat melihat wajah sebenar satu sama lain dan saling menjaga kebajikan demi meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, kita melihat rakan-rakan masjid serta jawatankuasa gurdwara yang menyediakan makanan, tempat perlindungan dan ibadah buat orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama. Kali ini, seorang pemuda berbangsa India berkongsi detik mereka menyertai misi bantuan banjir di sebuah masjid di Klang yang terjejas.

Perkongsian pemuda dengan nama pengguna @rejean0810 ini seakan telah menyatukan hati lebih 67 ribu penonton yang meninggalkan tanda suka pada video berkenaan.

Perkongsian itu ternyata telah menyentuh hati orang ramai yang menonton video berkenaan, sekaligus meluahkan rasa terharu masing-masing di ruangan komen.

Menangis sebab gembira

Kita semua satu keluarga

Bangga dengan saudara-saudara India

Seronok membantu walau berlumpur

Sumber: @rejean0810