Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Rupanya Ini Maksud Jika Simbol Bateri Kereta Sentiasa Menyala Vs Kadang-kadang Menyala

simbol bateri menyala
Gambar: @abangcomot

Permasalahan dalaman kereta kadangkala boleh diketahui dengan tanda-tanda luaran seperti menyalanya lampu indikator bateri.

Malah, keadaan sama ada lampu itu sentiasa menyala atau muncul secara berkala juga menggambarkan permasalahan yang berbeza.

Seperti perkongsian seorang mekanik yang dikenali sebagai @abangcomot, jelasnya, lampu bateri yang kadangkala menyala dan terpadam menunjukkan terdapat isu pada alternator kereta.

“Ada dua keadaan jika simbol bateri naik, kadang-kadang naik atau sentiasa naik,” jelasnya.

“Untuk kadang-kadang naik, jika terlanggar air banjir, alternator sudah hampir rosak.

“Untuk sentiasa naik, alternator sudah sepenuhnya rosak, fius dah putus,” kongsinya.

Sumber: @abangcomot