Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Seakan Puting Beliung, Rakaman Fenomena ‘Misteri’ Jutaan Nyamuk ‘Penuhi’ Ruang Udara Di Rusia Cetus Rasa Cemas

Aqmal Ezany
Gambar: Daily Mail

Detik mengerikan ‘puting beliung’ jutaan nyamuk berterbangan di Rusia berjaya dirakam kamera.

Jutaan nyamuk yang berterbangan itu telah dikesan di pantai timur Kamchatka sehingga menimbulkan kekacauan dalam kalangan penduduk.

Dari jauh, gambar-gambar di wilayah itu seperti menunjukkan beberapa puting beliung berpusing-pusing mengeluarkan debu dan kotoran ke udara.

Tetapi apabila rakaman menunjukkan sudut daripada dalam awan, puting beliung itu sebenarnya adalah disebabkan jutaan nyamuk yang berterbangan.

“Saya melewati puting beliung nyamuk ini sejauh beberapa ratus meter,” kata Alexei, dari Ust-Kamchatsk.

“Ianya adalah sesuatu yang mencabar kerana saya hampir tidak dapat melihat jalan. Saya tidak berani membuka tingkap saya,” ujarnya.

“Gerombolan nyamuk itu dapat dilihat mengelilingi saya.

“Saya dapat melihat beberapa daripadanya berpecah hanya untuk menjadi puting beliung yang baru.”

Rakaman, yang dirakam dari dalam kereta semasa memandu di jalan yang dihurungi kawasan tersebut telah menunjukkan sebanyak mana nyamuk itu ada di kawasan itu.

Video tersebut menunjukkan jutaan nyamuk berkerumun di sekitar kenderaan, sementara angin puting beliung dilihat berada di hadapan.

Pakar memaklumkan kepada media bahawa penduduk tempatan tidak perlu bimbang tentang kejadian itu kerana ianya merupakan fenomena musim mengawan.

“Ianya adalah nyamuk jantan yang mengerumuni salah satu daripada beberapa kawanan nyamuk betina,” kata ahli entormologi Lyudmila Lobkova.

“Nyamuk jantan yang mengerumuni “tidak akan menyerang manusia”, katanya.

“Kawanan nyamuk itu kelihatan seperti menyentuh awan,” kata Alexei.

Penduduk tempatan menyatakan bahawa mereka sudah biasa dengan keadaan sebegitu tetapi tahun ini lebih teruk.

Penghalau nyamuk tidak berkesan pada mereka, kata sebuah laporan.

Fenomena yang sama juga turut dikesan di Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Dilaporkan di Louisiana bahawa segerombolan nyamuk telah mengikuti Taufan Laura yang menyebabkan hujan lebat di seluruh wilayah.

Petani dari negeri itu melaporkan bahawa serangga tersebut telah membunuh antara 300 hingga 400 ekor lembu dan haiwan lain dengan menghisap darah mereka sehingga mereka jatuh pengsan.

Sumber: Daily Mail