Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Buah Masjid Tadi

Gambar: BERNAMA

Solat Jumaat di sesetengah negeri telah dibenarkan bermula pada hari ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap jemaah.

Iklan

Bilangan jemaah juga telah dihadkan buat masa ini bagi mengelak sebarang jangkitan Covid-19. Terdapat beberapa SOP yang dipatuhi oleh jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari ini.

Menerusi laman Twitter, agensi berita Bernama ada berkongsikan beberapa foto yang memaparkan suasana solat Jumaat di beberapa buah masjid.

Antara suasana yang dapat dilihat adalah di Johor, Perak dan Pahang.

Masjid Negara, Kuala Lumpur juga merupakan masjid yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat. Ini merupakan kali pertama solat Jumaat dibenarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan sejak 18 Mac lalu

Sementara itu, menerusi Twitter House of Pahang, KDYMM Pemangku Raja Pahang juga menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Sumber: Bernama