Korang pernah tak tonton video viral street food di India yang menghidangkan pelbagai menu tempatan mereka di sana? Ada yang jual pani puri, ada yang jual nasi beriyani, roti paratha dan bermacam-macam lagi.
Rasanya mesti ada antara korang yang pernah tonton situasi di bawah ni kan? Peniaga ini menghidangkan sejenis makanan berupa seketul roti kecil yang ditebuk di tengahnya untuk dimakan bersama kuah hijau.

Menu unik pani puri yang berasal dari India ini begitu mendapat tempat di hati para street food hunter. Gabungan rasa rangup pedas dan sedikit masam air asam jawa itu buat air liur anda meleleh!
Asyik tonton di Youtube je kan? Apa kata kali ini korang pula cuba masak sendiri di rumah. Justeru, hari ini Siakap Keli nak kongsikan resipi mudah cara buat pani puri melalui perkongsian Nazuhaina Azu. Selamat mencuba!
Resipi pani puri paling senang & confirm sedap
“Memang layan makan benda ni, sedappp sangat! Mommy buat resepi yang paling simple je ni, itupon rasa dia dah meletop dah. Bila dia pecah kat dalam mulut tu kan perrghhh memang perfect! Rasa masam..manis..pedas semua ada. Eh, korang memang kena trylah.”
Kuah hijau
Bahan-bahannya:
Daun ketumbar
Cili api
Jintan putih
Jintan manis
Garam halus
Gula
Air
Sos putih
Bahan-bahannya (digaul):
Mayonis
Daun ketumbar
Air
Air asam
Bahan-bahannya (masak sehingga sedikit pekat):
Asam jawa
Gula perang / gula pasir
Air
Inti
Bahan-bahannya (digaul):
Kentang lenyek
Daun ketumbar
Bawang
Serbuk cili
Garam halus
Serbuk jintan manis & jintan putih

Penyediaan pani puri
Bahan-bahannya:
Pani puri
Cara-caranya:
Goreng pani puri dengan api perlahan.
Balik-balikkan sehingga menjadi bulat kemudian terus angkat. (Ini akan mengambil masa yang sangat singkat jadi perlu cepat)
Pecahkan sedikit bahagian atas pani puri dan masukkan inti.
Tuang sedikit kuah hijau, kuah putih dan air asam ke dalam.
Siap!

Korang boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham. Selamat mencuba!
Sumber:
Nazuhaina Azu
via
