Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Seram, Juruterbang Berdepan Detik Cemas, Terpaksa Batal Pendaratan Akibat Angin Kencang

Seperti yang sedia maklum jika berlakunya perubahan cuaca seperti hujan atau ribut, hal ini akan menyukarkan perjalanan kenderaan udara seperti kapal terbang dan sebagainya.

Umumnya, jika pesawat belum berlepas, penerbangan akan dibatalkan manakala pesawat yang ingin melakukan pendaratan juga perlu dibatalkan.

Satu rakaman detik-detik mencemaskan dua juruterbang yang terpaksa membatalkan pendaratan disebabkan oleh angin kencang dan hujan lebat telah tular di media sosial.

Menerusi video Tiktok yang di muat naik oleh seorang juruterbang, Mr Turbo Prop, beliau terpaksa membatalkan pendaratan disebabkan hujan dan angin yang terlalu kencang. Menurutnya, angin kencang tersebut mencecah hingga 55km/j.

Melalui video tersebut juga, jelas kelihatan kapal terbang yang dipandu beliau senget akibat dipukul angin yang begitu kuat tersebut.

Untuk gambaran yang lebih jelas, tonton video yang telah kami sertakan di bawah ini.

Sumber: Tiktok Mr Turbo Prop