Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Siap Bertepuk-tampar, Gelagat Ayah Layan Anak Borak Dalam Bahasa “Baby” Sampai Ketawa Terkekek-kekek Bikin Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hubungan ayah dengan anak kecil selalunya lebih rapat dengan cara bergurau senda, bergelak ketawa, bermain permainan bersama-sama dan sebagainya.

Kadang-kadang golongan ayah-ayah ini perlu bertukar identitinya menjadi kanak-kanak semata-mata nak ‘masuk’ dalam jiwa anak kecil mereka.

Bila kedua-duanya sudah ‘serasi’, maka barulah rasa seronok itu datang.

Baru-baru ini seorang ayah, Mohamad Syafiq Mahpiz berkongsi video dia berbual santai dengan anak kecilnya di dalam kereta.

Menariknya, gaya mereka berbual bukan sebagai ayah dan anak kecil, tetapi bagaikan ‘member’ baik yang sudah lama ‘kawtim’ sama kepala.

Sudahlah guna bahasa ‘baby’ yang entah apa terjemahannya, siap gelak bertepuk-tampar lagi. Jom saksikan video ini.

Sumber: Mohamad Syafiq Mahpiz