Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Siap Dapat Kad Kuning, Penerjun Ini Tak Sengaja Mendarat Di Tengah Padang Bola Ketika ‘Game’

Gambar: Daily Mail Video

Seorang penerjun telah mendarat bersama payung terjunnya semasa pertandingan bola sepak berlangsung di stadium daerah Elblag, Poland baru-baru ini.

Menurut Dail Mail Video, penerjun itu tidak mengetahui bahawa keadaan tidak akan berjalan lancar semasa memulakan terjunannya.

Sewaktu dia hampir menuruni darat, dia menyedari payung terjunnya gagal berfungsi dengan baik.

Dipercayai tali payung terjun itu berpintal-pintal ketika ingin membukanya, maka si penerjun itu terpaksa menggunakan payung terjun simpanan untuk mendarat. Dia ingin mendarat di tempat biasa tetapi angin membawanya menuju ke ruang terbuka di stadium.

Rakaman daripada video penerjun itu menunjukkan daratannya selamat tanpa merempuh pemain bola sepak di sana. Namun, kejadian itu membuatkan perlawanan sesi ketiga bola sepak antara dua pasukan itu telah terhenti seketika.

Sedang lelaki itu berusaha menghimpunkan semula payung terjunnya untuk meninggalkan padang, pengadil bola sepak yang berada berdekatan menghampirinya dan sempat mengangkat kad kuning kepadanya.

Menurut sumber, kejadian itu dikatakan bernasib baik kerana tiada yang cedera dan perlawanan kembali bersambung tidak lama selepas itu.

Sumber: Facebook Daily Mail Video