Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila kita pergi interview kerja, pastinya ada beberapa soalan lazim yang kebiasaannya akan ditanya oleh interviewer kepada calon yang hadir. Selain ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang calon, sesetengah soalan yang ditanya sebenarnya ingin menguji personaliti dan skil yang ada bagi seseorang individu tu.
Antara contoh soalan interview yang sering ditanya adalah ”Kenapa Awak Nak Mohon Kerja Ni?” Nampak mudah, kan? Tapi macam mana nak jawab? Haa kalau korang dapat soalan macam ni, apa korang nak jawab? Nah, Maukerja sediakan tips berguna untuk korang di luar sana!
Ini jawapan yang menjerat calon di hadapan interviewer. Kalau calon jawab macam ni, tak mustahil kalau bila-bila masa je calon akan chow daripada syarikat tersebut bila dia dah boring. Jadi majikan akan fikir beberapa kali kalau nak ambil calon begini bekerja.

Jika calon beri jawapan seperti dah lama menganggur, sangat memerlukan kerja sebab nak bayar sewa rumah dan duit pinjaman kereta, ini akan beri satu bad impression tentang diri calon kepada majikan. Calon seolah-olah menjerat diri sendiri sebab majikan takkan fokus kepada soalan ni, tetapi majikan akan tanya kenapa korang jobless dalam tempoh yang lama. Haa, dah jadi lain kes pulak!
Sama seperti yang diterangkan pada point nombor 1, calon berkemungkinan boleh meninggalkan sesebuah syarikat kerana merasa bosan. Tambahan pula, dia mengaku baru 4 tahun tapi dah nak cari kerja lain sebab nak pengalaman baru. Bukan tak boleh, cuma jawapan yang diberikan tu tak betul-betul meyakinkan.
Tonton Video Selanjutnya Di Sini