Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Boleh jadi duta Perodua. Seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau tua yang hampir roboh.
Kelibat lelaki bersama ‘Kancil misteri’nya itu sebelum ini pernah dilihat di sekitar Jalan Kuching, Selayang, Templer dan Rawang, Selangor.
Tak terhenti di situ, lelaki itu juga pernah dirakam di Prai, Pulau Pinang. Dahsyat!
Terbaru, tular gambar lelaki itu ditahan oleh dua orang anggota trafik.
Berikutan itu, netizen memberi respon yang pelbagai terhadap lelaki tersebut.
Setelah menjadi lagenda di media sosial, akhirnya zaman kegemilangan kancil tersebut dikatakan berakhir apabila tular gambar kenderaan tersebut diatas kereta tunda dengan salah satu tayar belakang tiada.
Apapun, semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki lelaki tu.
Sumber: Amer AK