Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Perlu Guna Gas, Lelaki Nigeria Cipta Dapur Memasak Guna Tekanan Air & Udara

Gambar : Youtube PRNigeria News

Seorang lelaki dari Nigeria telah mencipta sebuah dapur memasak yang menggunakan tekanan air dan udara untuk menghasilkan api, lapor TechGh24.

Idea ini tercetus akibat berlakunya kenaikan harga gas dan minyak tanah di Nigeria dan sebahagian sub-rantau, termasuk Ghana.

Hadi Usman, seorang juruteknik elektronk yang berpangkalan di Jekadafari, Negeri Gombe berkata dapur tersebut dicipta adalah untuk memberi subsudi kepada kos penggunaan minyak tanah dan gas.

Berdasarkan laporan, dia mencipta produk sejak tahun 70-an dan 80-an lagi, tetapi tidak mendapat sebarang bantuan keperluan untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan secara besar-besaran.

Menurutnya, sejak penyiaran ciptaan terbaharunya di Wonderland TV, dia dikatakan menerima lebih 500 panggilan telefon berkenaan projek itu.

Sementara itu, hasil ciptaannya ini dipercayai telah menarik perhatian global dari Amerika Syarikat, Jerman dan negara lain.

Akan tetapi, Universiti Negeri Gombe, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Nigeria serta Suruhanjaya Pembangunan Timur Laut Nigeria telah memenuhi janji mereka untuk menyokong penciptaannya walaupun masih belum disahkan.

Sumber : TechGh24.com