Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Terharu, Lelaki Ni Buat Kejutan Untuk Ibunya Lepas 3 Tahun Tak Balik Kampung Halaman

Sofea

Sejak pandemik melanda dunia pada tahun 2019, ramai perantau yang tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa masing-masing. Kini, banyak negara yang telah melonggarkan sekatan dan membolehkan orang ramai untuk pulang ke tanah air atau kampung halaman.

Hal tersebut turut dilalui oleh seorang lelaki di Indonesia ini yang dikatakan akhirnya pulang ke tanah airnya selepas tiga tahun merantau di Jepun.

Memetik laporan Suara.com, lelaki itu membuat kejutan untuk keluarganya dengan menyamar sebagai pembeli.

Video yang dimuatnaik olehnya dengan menggunakan akaun @tiokun225 menjadi tular di TikTok.

Menerusi video itu, lelaki itu dilihat menunggang sebuah motosikal sebelum berhenti di halaman rumahnya. Dia yang mengenakan jaket, seluar pendek, pelitup muka, cermin mata dan memakai helmet tidak dikenali oleh kakaknya.

Dia berpura-pura membeli bunga yang dijual oleh ibunya.

Sibuk melayan ‘pembeli’, ibunya sama sekali tidak menyedarinya. Sedar akan hal itu, dia perlahan-lahan membuka helmet dan pelitup mukanya.

“Akhirnya, disebabkan ibu tidak perasan, helmet dan pelitup muka ditanggalkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, ibunya masih tidak sedar kerana sibuk menyiapkan tempahan bunga. Dia hanya mendongak melihat wajah anaknya apabila dimaklumkan oleh seorang wanita yang berada bersebelahannya.

Riak wajahnya terus berubah dan serta-merta dia menghampiri anaknya dan memeluk erat, melepaskan rindu setelah tiga tahun tidak berjumpa.

Kakak kepada lelaki itu juga turut keluar melihat adiknya dan mereka menitiskan air mata.

Video itu telah menyentuh hati ramai sehingga ia ditonton sebanyak 24 juta kali.

Sumber: Suara.com