Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: Kapal Bawa 41 Penumpang & 12 Kru Tenggelam Di Selat Bali, 6 Dilapor Maut

kapal tenggelam indonesia
Gambar: Kompas.tv/Info Jembrana

Sebuah kapal yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal tenggelam di Selat Bali, Indonesia, lapor Bernama.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada arus kuat, menyebabkan kapal berkenaan hanyut sebelum tenggelam.

Sehingga jam 10 malam waktu tempatan, seramai 47 orang berjaya diselamatkan manakala enam ditemui terkorban, tulis Bernama.

Sementara itu menurut CNN Indonesia, kapal tersebut dalam perjalanan menuju ke pelabuhan LCM sebelum tragedi berlaku.

Sejumlah kapal feri lain dilaporkan telah memberi bantuan bagi menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Sumber: Bernama, CNN Indonesia