Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: Netizen Kongsi Rakaman Sekitar Giant Seksyen 13 Shah Alam Didakwa Dimasuki Air

Gambar: Nurul Amalina Azman, Asmah Hashim Hashim

Hujang lebat secara berterusan sejak semalam telah membuatkan beberapa kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia dinaiki air.

Warganet yang berada di kawasan terkesan sempat untuk memuat naik beberapa foto serta video yang menunjukkan situasi kawasan mereka.

Terbaru, netizen telah berkongsi beberapa keping gambar dan video yang mendakwa keadaan di sekitar Pasaraya Giant di Seksyen 13 Shah Alam telah dinaiki air.

Berdasarkan rakaman tular berkenaan, dapat dilihat bahawa sebahagian kawasan termasuk di bahagian dalam bangunan telah dimasuki air.

Orang ramai yang perlu berurusan di luar mahu pun yang tinggal di kawasan yang terkesan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

BACA: Bikin Suspen, Rupanya Ini Mesej Tersembunyi Dalam The Sweet Goodbye Magnum x Money Heist, Untuk Peminat Malaysia

Sumber: Twitter, Facebook