Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tersipu-sipu Nak Jawab, Lisa Blackpink Dedah ‘Rahsia’ Tentang Dirinya Ramai Peminat ‘Belum’ Tahu

Gambar: Google

Complex, iaitu sebuah syarikat media dan hiburan yang berasal dari Amerika Syarikat telah memuat naik video temu bual, Goat Talk bersama Lisa Blackpink.

Dalam temu bual berkenaan, Lisa telah menjawab beberapa soalan yang diajukan dan terdapat banyak fakta menarik telah dikongsikannya.

Antara soalan yang ditanya ialah seperti apakah makanan Thai kegemarannya, Lisa dengan senang hati menjawab “Red Curry Chicken” iaitu Kari Merah Ayam. Selain itu, Lisa juga turut berkongsi bahawa antara tarian kegemarannya ialah dari lagu mereka, DDU-DU DDU-DU.

Katanya koreografi yang menunjukkan jari seperti senapang itu mudah untuk diikuti dan gerakan asal bukanlah seperti itu tapi telah mereka ubah semasa pengambaran muzik video lagu tersebut.

Ahli kumpulan Blackpink yang berasal dari Thailand ini juga memberitahu bahawa musim kegemarannya ialah musim panas. Tambahnya kerana dia tidak tahan dengan cuaca sejuk walaupun sudah memakai baju berlapis-lapis. Dibawah ini disertakan video dari Twitter Complex Music.

Sumber: ComplexMusic