Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tiba-Tiba Melambung, Viral Lelaki Dikhuatiri Maut Tangki Septik Meletup Dipercayai Kena Api

Jakarta, 6 Nov – Seorang pekerja pembersihan loji kumbahan dikhuatiri maut apabila tangki septik yang dibersihkannya di salah sebuah rumah meletup secara tiba-tiba di daerah Cakung, Jakarta Timur pada Isnin lalu.

Mangsa yang pada ketika itu baru sahaja selesai menyedut tangki najis berkenaan telah menyalakan api pada kertas di lubang tangki bagi memastikan sudah tidak ada gas di dalam tangki berkenaan.

Dalam satu video yang tular, mangsa dilihat memijak lubang tangki septik sebelum ledakan berlaku dipercayai berpunca daripada mendapan gas yang terkumpul di dalam tangki berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa menyalakan kertas di lubang itu dan mendapati ia terpadam, meyakinkannya bahawa proses pembersihan telah selesai.

Namun apabila dia ingin meninggalkan lokasi berkenaan, tiba-tiba tangki tersebut meletup, membuatkannya jatuh ke dalam tangki itu. Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Berikutan itu, warga maya menimbulkan soalan sama ada cara mangsa menguji kewujudan gas itu tepat ataupun tidak. Menurut

Tambahnya, apabila pengudaraan tersumbat dan api dinyalakan, letupan akan berlaku.

Sumber: Detik News