Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tun Mahathir Menteri Tunggal Masuk Pejabat Pagi Ini

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan tiba di pintu masuk utama Jabatan Perdana Menteri (PMO), dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 9.29 pagi ini.

Tun Mahathir satu-satunya menteri yang masuk pejabat seperti biasa pagi ini selepas Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah perkenan untuk membatalkan perlantikan semua menteri kabinet atas nasihat Perdana Menteri.

Sebelum itu, Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu, DS Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Rina Harun kelihatan memasuki kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence pada jam 8.15 pagi.

Sumber: Bernama