Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kemeriahan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi berakhir dengan keputusan yang baik bagi pasukan Malaysia selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia.
Perlawanan yang telah dibanjiri dengan penonton sekitar 85,000 orang itu telah digamatkan lagi dengan teriakan sorakan pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya.
Sorakan yang dilaungkan oleh Ultras Malaya itu telah membuatkan seluruh stadium menjadi gegak gempita sekali gus menghangatkan suasana stadium.
Dilengkapi dengan tifo serta formasi sorakan yang disusun rapi, aura yang dibawa oleh Ultras Malaya bagi menaikkan semangat pemain serta penyokong yang membanjiri stadium itu sudah tidak perlu disangkal lagi.

Formasi sorakan serta laungan yang bersemangat dilaungkan oleh Ultras Malaya itu turut mendapat perhatian daripada peminat bola sepak serta media antarabangsa dari luar negara.
Portal The Guardian dari UK muat naik video ‘chant’ Ultras Malaya
Antara tweet-tweet dari netizen luar negara:











Sumber: Guardian Sport, @BestChantsUK, @payam_ansari