Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)”Baru Lah Syok Tidoq,” Ni Cara Mudah Nak Cuci Tilam Sampai Bersih & Wangi, Tak Perlu Angkat Pun

Amira
Kredit: @_nismira

Mungkin ada yang terlepas pandang untuk menjaga kebersihan tilam. Hanya tukar cadar dan sembur pembunuh kuman semata tidak cukup untuk membersihkan perabot ini. Tapi itulah, kalau nak angkat, berat juga tilam lagi-lagi kalau jenis yang tebalkan. Memang diakui, kalau tilam bersih dan wangi, barulah lebih bersemangat nak tidur.

Sebenarnya ada ja cara untuk cuci tilam tanpa perlu mengalihkannya. Untuk lebih bersih, kita perlu melakukan pencucian mendalam menggunakan cuka dan soda bikarbonat, dua bahan yang sinonim dengan penjagaan kebersihan rumah.

Kongsi @_nismira, teknik ini akan membantu menghilangkan bau yang tidak enak pada tilam. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kesan lebih baik, anda juga boleh menjemur tilam di bawah panas matahari. Lagi puas hati.

  1. Vacuum tilam

  2. Sembur campuran cuka dan air

  3. Lepas kering cuka, tabur baking soda, biarkan 4 hingga 5 jam.

  4. Vacuum

  5. Sembur pewangi, lagi baik gunakan pewangi yang tidak berwarna

Tonton videonya di bawah.

Sumber: @_Nismira