Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Viral Fasiliti Awam Di Indonesia Rosak, Didakwa Dicungkil Pemburu ‘Koin Jagat’
Aktiviti memburu syiling atau ‘Koin Jagat’ yang boleh ditukar dengan wang oleh orang ramai menyebabkan banyak fasiliti awam di Bandung, Indonesia mengalami kerosakan, lapor Kompas.com.
Ketua Jabatan Perumahan dan Kawasan Penempatan (DPKP) Kota Bandung, Rizki Kusrulyadi, susulan itu menggesa penyedia aplikasi berkenaan untuk mengawal aktiviti tersebut.
“Ketika ini kami sedang melakukan pembaikan dan mencegah kerosakan yang berlaku akibat daripada aktiviti memburu koin jagat ini,” katanya.
Menurut Rizki, kawasan taman-taman di Bandung merupakan antaran fasiliti awam yang terjejas teruk dengan aktiviti tersebut.
Tanaman-tanaman perdu yang berfungsi untuk menutup kawasan banyak rosak dan dipijak akibat dipijak serta dikorek oleh pemburu untuk mendapatkan syiling berkenaan.
Fasiliti awam rosak, didakwa akibat aktiviti pemburu koin jagat
Tidak hanya tanaman, kemudahan-kemudahan lain seperti jubin dan lantai turut mengalami kerosakan.
Difahamkan, pemburu mengangkat atau mencungkil jubin yang dipasang kerana menyangkan syiling yang diburu tersembunyi dibawahnya.
“Kemudahan utiliti yang disimen juga turut dicungkil oleh pemburu, walaupun pada hakikatnya tidak mungkin koin jagat ditanam dibawah kemudahan-kemudahan itu,” kata Rizki lagi.
Dalam pada itu, pembangun aplikasi berkenaan mendakwa aktiviti memburu koin jagat di kawasan luar itu bertujuan untuk mengajak orang ramai menikmati keindahan alam hijau.
“Alasan mereka mahu orang awam memanfaatkan kemudahan awam dan mendakwa aktiviti itu sudah berjaya dilaksanakan di bandar-bandar lain.
“Tetapi, cara pemburu koin jagat ini tidak boleh diterima dan amat mengganggu kami,” tegas Rizki.
Susulan itu, pemerintah kota Bandung menggesa pemburu koin jagat menghentikan kegiatan masing-masing, terutamanya dalam kawasan awam yang berada dibawah pentadbirannya.
Manakala fasiliti awam yang rosak harus dibaiki oleh pembangun aplikasi syiling berkenaan.
Terdahulu, beberapa video yang menunjukkan aktiviti pemburu koin jagat ini dan keadaan fasiliti awam yang rosak turut menjadi tular di media sosial.
Hantaran-hantaran yang dikongsikan, terutamanya menerusi platform TikTok mendapat perhatian warga maya yang memberikan pelbagai komentar berhubung perkara tersebut.
BACA: Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Razarudin
BACA: Untung Banyak, Evergreen Bagi Kakitangan Bonus 20 Bulan
Sumber: Kompas.com