Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Viral Penduduk Bakar Honda, Polis Beri ‘Salam’ & Minta Tampil Ke Balai

viral penduduk bakar honda
Gambar: FB IPD Kemaman

Viral video penduduk kampung bakar sebuah kereta Honda jenis Odyssey dipercayai kerana mencuri lembu milik di kawasan sana.

Ekoran kejadian itu, pihak polis daerah Kemaman meminta semua yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk tampil ke balai dipercayai bagi membantu siasatan.

‘Jemputan’ secara terbuka itu diumum menerusi satu kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sebentar tadi.

“Salam Ukhwah Ramadhan Kemaman, abam payung video tindakan luar biasa di bulan Ramadhan oleh sahabat handai di kawasan Neram.

“Bagi menjernihkan kekeruhan kita nak minta individu-individu yang terlihat di dalam video ni tampil ke IPD Kemaman sambil- sambil mengeratkan silaturahim dan bertemu dengan Pegawai Penyiasat JSJ yang boleh di hubungi di talian 0105426362 (Insp Nadia).

“Jangan risau atau bimbang, berani kerana benar..Maruah dijunjung, hak dipertahanankan,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Imba kembali, video viral tersebut dikongsikan di laman Facebook Info Bencana Terengganu pada semalam.

Berdasarkan pemerhatian pada video, kereta Honda Odyssey tersebut dibakar sekumpulan lelaki dipercayai merupakan penduduk kampung tersebut.

Menurut laporan media, kereta tersebut diterbalikkan kerana gara-gara penduduk berasa berang dengan

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di satu lokasi di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun tarikh sebenar klip rakaman tersebut dirakam tidak dinyatakan.

Video tersebut tular di media sosial selain turut meraih perhatian warganet. Rata-rata mereka meluahkan ulasan berbeza di ruangan komentar dalam video berkenaan.

BACA JUGA: Honda Odyssey Dipercayai Curi Lembu Dibakar Penduduk Kampung

Sumber: FB IPD Kemaman