Indramayu, Jawa Barat – Kejadian tersebut berlaku di pusat kesihatan awam di mana pelaku mengambil peluang mendekati mangsa yang tidak sedarkan diri di atas katil lalu menggeledah pakaian serta mengambil telefon bimbit mangsa kemalangan dengan cepat tanpa disedari.

Aksi pencurian pelaku tersebut berjaya dirakam menerusi rakaman CCTV selama 1.26 minit. Bukan itu sahaja, rakaman tersebut menjadi viral di media sosial. Rakaman tersebut disiarkan melalui laman facebook Elok Pw dan telah ditonton oleh ribuan orang.
Menurut Elok Pw mengatakan bahawa pelaku tersebut membawa mangsa kemalangan ke pusat kesihatan awam untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Indramayu, AKBP Hafidh S Herlambang melalui Ketua Rondaan Polis, Kompol Rukman telah mengesahkan kejadian tersebut.
“Memang benar, kemalangan itu berlaku dan kejadian tersebut telah dirakam oleh CCTV,” katanya kepada pihak Tribuncirebon.
Kompol Rukman turut mengakui bahawa, lebih baik sekiranya pusat kesihatan awam mahupun mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
“Kes pencurian telefon bimbit masih berada dalam siasatan kerana sehingga kini masih belum ada laporan khusus dari pusat kesihatan awam mahupun mangsa,” katanya lagi.
Sumber: Tribun News