Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sebab kentut bau busuk
Gambar: TikTok Dr Qarafi Tee

Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Kentut, walaupun dianggap satu perkara yang ‘mengaibkan’ apabila dihidu orang sekeliling, ini adalah satu perkara yang normal buat para manusia.

Menurut Dr Qarafi Tea (@qarafitee) di laman TikTok, sebenarnya manusia yang tidak kentut merupakan golongan yang tidak normal sebenarnya.

Secara purata, manusia normal akan kentut dalam lingkungan 15 hingga 25 kali sehari. Mungkin ramai yang menganggap jumlah tersebut agak tidak masuk akal tetapi percayalah, manusia turut membuang angin sewaktu tidur.

Seperti yang diketahui, kentut sudah semestinya sinonim dengan bau yang busuk.

Jika anda tidak bernasib baik, mungkin kentut anda turut diiringi dengan bunyi yang kuat. Dengan ini, orang sekeliling secara serta merta akan menyalahkan anda kerana ‘menghasilkan’ bau yang tidak menyenangkan.

Berdasarkan perkongsian Dr Qarafi Tea, terdapat pelbagai faktor menyebabkan kentut manusia boleh menjadi busuk.

Pertama sekali, salah satu bahan makanan yang mampu membuatkan kentut seseorang berbau busuk adalah sayur-sayuran.

Ramai yang percaya bahawa telur boleh menyebabkan kentut seseorang menjadi sangat busuk. Hal ini kerana, bau kentut yang busuk boleh diibaratkan seperti bau telur yang busuk.

Mesti ramai yang merasa hairan mengapa sayur-sayuran mampu menyebabkan kentut seseorang berbau busuk, sedangkan kebanyakan sayuran tidak mengeluarkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Menurut Dr Qarafi, perkara ini berpunca daripada sistem penghadaman manusia yang secara lazimnya lambat menghadam makanan berasaskan sayur-sayuran.

Oleh sebab itu, sayur-sayuran di dalam perut anda akan mengalami penapaian dalam tempoh yang agak lama.

Bukan itu sahaja, makanan yang kaya dengan serat seperti sayur turut memiliki kandungan sulfur yang tinggi. Kandungan bahan kimia inilah yang sebenarnya membuatkan bau kentut manusia berbau seakan-akan telur busuk.

Sungguhpun sayur-sayuran menyebabkan kentut anda berbau busuk, ini bukanlah alasan untuk tidak mengambil sayur-sayuran dalam diet makanan seharian.

Kedua, manusia cenderung untuk menghasilkan bau kentut yang busuk apabila mengambil antibiotik. Ketika mengambil antibiotik, ubat tersebut bukan hanya membunuh bakteria-bakteria jahat, ia juga akan membunuh beberapa bakteria yang baik, khususnya bagi sistem penghadaman manusia.

Dengan ini, makanan di dalam perut tidak dapat dihadamkan dengan lancar dan boleh membawa kepada masalah perut kembung dan berangin.

Seterusnya, pesakit yang mengalami masalah sembelit akan menghasilkan bau kentut yang sangat busuk. Sembelit adalah satu masalah kesihatan yang mana, pesakit tidak dapat membuang air besar dalam jangka masa yang agak lama.

Disebabkan ini, najis-najis yang sepatutnya dibebaskan daripada badan terkumpul di dalam usus manusia dan menarik bakteria-bakteria untuk membiak.

Kewujudan bakteria ini akan menyebabkan penghasilan gas dan gas ini akan berbau sangat busuk apabila ia dibebaskan.

Keempat, masalah kesihatan seperti sakit perut dan cirit birit biasanya disertai dengan pakej peningkatan kadar kekerapan kentut yang tinggi serta baunya yang sangat busuk.

Jika anda kerap kentut berbau busuk, pada masa yang sama mengalami masalah-masalah kesihatan di atas, berkemungkinan anda mengalami jangkitan pada usus anda.

Akhir sekali, kentut yang busuk juga memberikan isyarat berkemungkinan bahawa seseorang individu itu menghidapi kanser kolon.

Penyakit ini walau bagaimanapun sukar untuk dikesan dan perlu menggunakan peralatan yang canggih untuk mengesannya.

Namun begitu, terdapat beberapa gejala kanser kolon seperti memiliki sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser, hilang berat badan yang tidak sepatutnya dan hilang selera makan. Jika anda memiliki simptom-simptom di atas, sila bertemu dan dapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Secara umumnya, kentut adalah satu perkara yang normal dan anda sepatutnya berbangga kerana dapat melepaskan ‘apa yang terpendam’ kerana itu sebahagian daripada sistem penghadaman manusia.

BACA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: @qarafitee via TikTok