Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Wallahi, Saya Tak Cium Kaki Menteri Gaza,” Ebit Lew Anggap Tuduhan Melampau, Babitkan Isu Akidah

Aqmal Ezany
Gambar: Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam satu siarang langsung di akaun Instagram rasminya pada hari ini menyangkal tuduhan bahawa beliau telah menyembah atau sujud kaki seorang menteri di Gaza.

Beliau mendakwa, perkara tersebut tidak pernah berlaku dan ianya adalah fitnah semata-mata.

“Itu adalah fitnah yang sangat melampau sebab ianya melibatkan akidah saya. Wallahi takkan lah saya nak cium kaki orang,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, beliau memaklumkan bahawa menteri yang dimaksudkan itu adalah individu yang sangat terkenal di sana kerana banyak membantu orang dan akan meraikan sesiapa sahaja yang datang ke Gaza.

Malah, beliau turut berkongsi ketika mahu pulang, menteri tersebut telah datang ke biliknya untuk berterima kasih kepadanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tuduhan berkenaan cium kaki itu memang tidak betul sama sekali.

Sumber: Ebit Lew