Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita ‘Deko’ Ruang Belajar Anak-Anak Buat Ramai Kagum
Seperti semua sedia maklum, sesi persekolahan bagi tahun 2025 telahpun bermula.
Pastinya, segala kelengkapan barangan, peralatan sekolah anak-anak sibuk disediakan oleh ibu bapa sebelum membuka tirai persekolahan lagi.
Selain itu, bukan sahaja persiapan awal yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, namun sepanjang tahun demi memastikan hari-hari persekolahan mereka lancar.
Perkara ini termasuklah suasana pembelajaran dan mengulangkaji di rumah.
Di rumah, suasana belajar yang tenang dapat membantu anak-anak fokus sewaktu mengulangkaji di rumah. Ruang yang teratur dan kemas juga mampu menaikkan ‘mood’ belajar serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk tidak berasa bosan.
Itulah yang diterapkan oleh Farhana Ibrahim dengan melakukan dekorasi ruang belajar untuk anak-anaknya hingga mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Farhana memberitahu bahawa dia merupakan seorang suri rumah dan tinggal di rumah kampung sahaja. Bagaimanapun, dia memanfaatkan ruang yang ada untuk keselesaan pembelajaraan anak-anaknya di rumah.
Di bawah adalah susun atur ruang belajar yang dikongsikan Farhana.

Ruang belajar untuk anak-anak, tapi ummi dan baba pun suka membaca atau buat kerja di sini.

Bahagian sini Farhana guna sistem fail supaya mudah nak cari bila perlu. Setiap anak ada fail masing-masing supaya mudah nak urus.

Buku cerita dan komik untuk anak-anak ada di sebelah sofa supaya anak-anak mudah ambil dan baca. Salah satu cara Farhana untuk tarik minat membaca anak-anak.

Alat tulis yang kerap digunakan, Farhana guna troli supaya mudah tolak ke sana ke mari.

Komputer, laptop dan printer di hujung sana. Mesin laminate, mesin binding dan shredder di sebelah sini. Bahagian bawah meja komputer, ada dua rak 6 tingkat Farhana simpan stok alat tulis yang belum digunakan.

Pandangan keseluruhan ruang belajar.

Assalamualaikum. Selamat datang ke ruang tamu dan ruang belajar di rumah Farhana.

Farhana bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk belajar.

Satu lagi bahagian ruang tamu.

Ini bahagian yang special, rak novel. Farhana letak di sini sebab Farhana suka membaca di ruang tamu jugak.

Bahagian buku sekolah anak-anak. KAFA belum dapat buku lagi, jadi bekasnya masih kosong.

Sumber: Facebook Farhana Ibrahim (1) (2)