Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Indonesia Anggap Perempuan Malaysia 'Naik Hantu' Bila Raya

Wanita Indonesia Anggap
Kredit: TikTok @dearmdj

Wanita Indonesia Anggap Perempuan Malaysia 'Naik Hantu' Bila Raya

Setiap kali lebaran bertandang, kemeriahan bazar Raya dan pusat beli-belah jelas terpancar dengan kehadiran orang ramai yang sibuk berbelanja.

Mana tidaknya, masing-masing mahu kelihatan segak dan cantik, terutama buat kaum hawa yang mendambakan penampilan serba baharu di pagi raya yang mulia.

Malah, sebulan syawal diisi dengan aktiviti seperti menziarahi sanak-saudara, sahabat dan menghadiri rumah terbuka.

Wanita Malaysia Naik Hantu Bila Raya - Wanita Indonesia

Bagaimana, baru-baru ini tular perkongsian video seorang wanita Indonesia yang menyifatkan wanita-wanita di Malaysia 'gila' membeli pakaian raya.

Kongsinya, rata-ratanya bukan sekadar membeli sepasang baju, malah ada yang membeli dua, tiga hingga lima pasang seorang.

Apatah lagi kebanyakan harga busana raya wanita di sana agak mahal meskipun untuk sepasang.

“Perempuan Malaysia ni gila baju raya. Kau tahu tak berapa harga baju lebaran di Malaysia? Baju lebaran perempuan RM400 sampai RM600 Malaysia atau sekitar 1,7 juta sampai 2,5 juta rupiah.

“Kalau fikir mereka cuma beli satu? tak, dia belinya dua.. tiga, empat, lima itu.

“Kalau orang Malaysia beli, mereka bukan cuma beli atas sahaja seperti kita. Dia beli dari atas sampai bawah. Tak terbayang berapa duit yang habis?

“Masa aku masih tinggal di Sabah, aku beli baju raya pun begitu. Minimum RM200-RM300, maksimum boleh sampai RM400 dan itu untuk satu set,” katanya.

Baju Raya Indonesia

Sementara itu, berbeza pula dengan baju raya yang ditawarkan di Indonesia dari segi reka bentuk dan harga.

“Kalau nak beza dengan orang lain, aku bagi tahu. Kalian boleh datang masa bulan Ramadan, biasanya banyak bazar-bazar di Indonesia, di Jakarta, Bandung, Solo, Jogja.

“Biasanya harganya itu lebih murah. Lepas itu pattern dia beza, design dia beza, harga lebih murah mula dari RM50 pun ada. Nah, kalau bawa RM1,000 Aku beli terus untuk 2 tahun. Dan aku boleh guarantee yang baju raya kau beza dari yang lain,” kongsinya.

Baju Raya Malaysia Ada Vibe Tersendiri - Netizen Indonesia

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi berbeza.

Ada yang bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan. Malah ada netizen Indonesia yang berpendapat bahawa baju raya di Malaysia mempunyai aura raya tersendiri.

“Baju raya Malaysia cantik-cantik aku saja suka,” komen seorang pengguna.

“Tapi baju Malaysia tuh vibes nya memang raya sangat, jadi teringin..” komen seorang lagi.

Untuk lebih lanjut boleh tonton video di bawah