Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kongsi Cara Bayar Zakat Paling Selamat Supaya Tidak Tertipu

Nor Fakhry

Dalam hidup serba moden sekarang ni, banyak je cara untuk kita sebenarnya bayar zakat tau. Bukan sekadar jumpa tukang kutip zakat secara fizikal je sebab dah macam-macam teknologi baru yang boleh digunakan ramai untuk pembayaran zakat. Salah satu cara yang paling terkenal sekarang ni ialah kalau nak bayar secara online. Semuanya di hujung jari. Tapi, kadang-kadang senang kena tipu juga kalau bayar pakai online ni. Yelah, teknologi orang bukan guna untuk benda baik je. Untuk elak benda ni jadi, ada je cara untuk tau saluran yang betul. Ikuti kisah wanita ni.

“Nak bayar zakat pun boleh kena tipu, confuse mana satu saluran yang betul. takut la kena tipu”. Macam ni lah keluhan yang selalu sangat diajukan oleh pelbagai pihak terutama sekali warga emas. Lagi-lagi kalau mereka ni disuruh pertimbangkan untuk buat pembayaran secara online sebab taknak duit simpanan selama ni hilang terus.

Mengikut perkongsian wanita tersebut, beliau pernah menjadi mangsa penipuan pembayaran zakat dahulu semasa mahu menggunakan cara pembayaran zakat secara online sendiri. Ketika itu, beliau memang berasa sangat panik dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah, duit beliau dapat diselamatkan dan selepas diberi penerangan oleh pihak yang bertanggungjawab, beliau sekarang lebih faham bagaimana untuk membayar zakat dengan online cara selamat.

Untuk mereka yang mungkin masih tidak tahu, institut yang bernama Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ini telah berjaya ditubuhkan beberapa tahun yang lalu dan ianya berkait rapat dengan segala jenis pengurusan zakat yang berlaku di Negeri Selangor terutamanya. LZS (MAIS) ini sentiasa berpegang teguh untuk melakukan tanggungjawab dengan penuh amanah dan juga komited untuk mengambil segala manfaat daripada kutipan zakat dan memastikan pengagihan zakat yang efektif, efisien dan berkesan dapat dilakukan di negara ini selaras dengan tuntutan syarak.

Saluran Yang Tepat Untuk Membuat Pembayaran Zakat

  1. Layari Portal Lembaga Zakat Selangor.

  2. Pelbagai pilihan dan cara berzakat boleh dipilih untuk membantu golongan yang memerlukan.

  3. Contoh pilihan zakat dan bantuan:

    • Zakat Fitrah

    • Zakat Pendapatan

    • Zakat Perniagaan

    • Zakat Wang Simpanan

    • Zakat Pelaburan

    • Zakat KWSP

    • Zakat Emas & Perak

    • Zakat Takaful

    • Zakat Padi

    • Qada Zakat

    • Asnaf Fakir

    • Asnaf Miskin

    • Asnaf Muallaf

    • Asnaf Amil

    • Asnaf Fisabilillah

    • Asnaf Gharim

    • Asnaf Ibni Sabil

    • Asnaf Riqab

Untuk membuat sebarang semakan bantuan dan juga cetakan penyata, layari ezo.zakatselangor.com.my, manakala untuk melakukan pembayaran zakat sila layari fpx.zakatselangor.com.my.