Biasanya kita lebih kerap menggunakan aplikasi WhatsApp dalam urusan seharian, kan? Ia mudah, pantas, ‘ringan’ dan ramai pengguna.
Bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kelebihan aplikasi pesaingnya, Telegram yang turut mempunyai fungsi yang hampir sama.
Walaupun WhatsApp nampak lebih ‘terkenal’, namun Telegram juga mempunyai pelbagai lagi fungsi yang ramai belum tahu.
Seorang warga Twitter, @littlesyaaa ada berkongsi tentang fungsi-fungsi lain Telegram baru-baru ini.
Mari ikuti bebenang ini.


Jangan terkejut, nak belajar tulisan Jawi pun boleh di Telegram ye.


Lepas ini tak perlu susah-susah gabungkan fail PDF di Google. Guna saja Telegram. Pasti ‘settle’.

Agak-agak kalau ‘tak berapa rajin’ nak menaip, guna saja suara anda. Canggih pun canggih kan?

Sementara itu beberapa netizen lain turut berkongsi pelbagai lagi fungsi Telegram seperti yang digunakan mereka sendiri.
Menariknya di bawah ini, kita boleh tetapkan masa waktu bila nak mesej itu dihantar. Ini sangat membantu bagi mereka yang ingin jadi orang pertama yang hantar ucapan ‘Selamat hari lahir’.

‘Rimas’ dengan notifikasi setiap kali orang lain guna Telegram? Boleh saja tukar tetapannya.
Boleh juga buat fail. Senang nak simpan segala benda dalam tu, kan? Dah boleh jimat ‘storage’ dalaman telefon kita.
Nak pasang ‘alarm’ waktu solat tapi ‘storage’ telefon penuh? Jangan risau.
Telegram ada solusinya.

Telegram juga menjadi ‘lubuk’ pelbagai group untuk kegunaan warganet sebagai ‘perpustakaan’ maya mereka.
Pelbagai ilmu boleh dicari di sini.
Boleh juga memuat turun lagi daripada Youtube.

Bosan dengan ‘layout’ yang sama? Tiada masalah, ubah sajalah tema itu mengikut citarasa anda sendiri.

Suka video-video di Tiktok dan nak simpan? Guna saja Telegram pun boleh.
Macam biasa, Telegram mempunyai fungsi group dan channel bagi siaran pelbagai ilmu, informasi dan maklumat.
Sumber: Twitter @littlesyaaa