Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kongsi Kemeriahan Kebun Sayur Miliknya, Siap Bagi Pengunjung Petik Sendiri

Aina Munirah
Wanita Kongsi Kemeriahan Kebun
Kredit: @lilyfhad
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita Kongsi Kemeriahan Kebun Sayur Miliknya, Siap Bagi Pengunjung Petik Sendiri

Berbudi pada tanah sememangnya memberi banyak keuntungan kepada sesiapa yang mengusahakannya. Biasanya, golongan yang minat berkebun pasti akan memanfaatkan tanah kosong dengan aktiviti bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan banyak lagi.

Malah, setiap hasil yang dituai juga kadangkala mampu memberi kepuasan kepada yang mengusahakannya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Thread, @lilyfhad ada berkongsi dengan warganet mengenai kebun sayur miliknya yang terletak di Kg Kubang, Nilai, Negeri Sembilan.

Mula berjinak sejak tahun lepas

Ketika ditanya SK, kebun sayur ini baru sahaja diusahakan dalam bulan April tahun lepas. Ujarnya lagi, dia memberi fokus sepenuhnya kepada kebun ini dan bukan hanya sekadar hobi.

Kesedaran untuk mengusahakan kebun ini juga bermula apabila dia mula melihat banyak konflik berlaku di luar negara dan kebanyakannya melibatkan sumber makanan.

Masuk percuma, cuma perlu bayar sayur yang dibeli sahaja

Menariknya, kebun sayur yang berkeluasan 1.5 ekar miliknya ini padat dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti timun, labu air, kacang panjang, bendi, hinggalah sayur maman.

Bukan itu sahaja, kebunnya itu boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berminat.

"Masuk tak perlu bayar apa-apa, ia percuma sahaja. Cuma bayar harga sayur yang dibeli sahaja," katanya.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik sayur sendiri di kebun tersebut.

Kredit: @lilyfhad
Kredit: @lilyfhad
Kredit: @lilyfhad

Malah, harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah dan lebih segar berbanding sayuran di tempat lain. Katanya juga, sambutan yang baik diterima kerana ada sebahagian pembeli yang memang gemarkan sayur yang segar.

Kredit: @lilyfhad

"Kadang-kadang sayur di pasaraya kecil tu sayur lama, jadi bila beli di kebun, pembeli boleh menikmati sayuran segar," katanya lagi.

Kredit: @lilyfhad

Bagi kacang panjang, ia dijual dengan harga RM4.50/kg. Manakala bendi RM5/kg, timun dengan harga RM2.50/kg, maman dengan harga RM10/kg dan labu air dengan harga RM2/kg.

Kredit: @lilyfhad

Boleh buat aktiviti lain

Di samping itu juga, selain dari mengunjungi kebunnya untuk membeli sayur-sayuran, anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti memancing.

"Kalau nak memancing pun boleh sebab tepi kebun ada parit untuk laluan sungai," ujarnya.

Namun, katanya lagi, semua peralatan memancing tidak disediakan. Sebaliknya, pengunjung perlu membawanya sendiri.

"Ikan yang ada pun ikan liar yang ada dari sungai," tambahnya lagi.

Kredit: @lilyfhad

Tuai pelbagai reaksi dari netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja dengan perkongsiannya itu.

"Bestnya dapat direct terus dengan tuan tanah. Kacang panjang segar makan buat ulam lagi manis rasanya," ujar seorang netizen.

"Alhamdulillah segar, besar dan elok semuanya. Tahniah semua menjadi tanaman puan", kongsi seorang lagi.

"Bagusnya, i love your concept. Nak datang la nanti," ujar seorang lagi.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka mengunjungi kebun tersebut untuk membeli sayur-sayuran.

Kredit: @lyana_rosli
Kredit: @missmimied
Kredit: @alfisyah_journaling

Bagi yang berminat untuk mengunjungi kebun milik @lilyfhad ini, anda digalakkan untuk menghubunginya terlebih dahulu.

"Kebun buka setiap hari jam lapan pagi hingga enam petang. Kalau nak petik sayur boleh datang awal pagi ya," tambahnya.

Sumber:@lilyfhad