Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Kongsi Momen Lucu, Ibunya Tersalah Beli Tasbih Ketika Di Mekah
Dalam ajaran Islam, amalan seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan merupakan antara amalan wajib dilakukan bagi setiap umat Islam.
Selain amalan ini, amalan lain seperti bersedekah juga merupakan satu perkara yang akan diberikan ganjaran yang besar jika kita mengamalkannya.
Satu lagi amalan yang mempunyai ganjaran yang besar ialah dengan berzikir. Berzikir hanya dengan menyebut nama-nama Asmaul Husna juga akan diberikan ganjaran yang besar oleh SWT kepada hambanya.
Zikir boleh dilakukan dengan menggunakan bilangan ruas jari dan tasbih. Namun kini dengan kewujudan tasbih digital, perbuatan itu menjadi lebih moden mengikut peredaran zaman.
Bercakap soal tasbih, seperti ramai yang ketahui, kebiasaan tasbih memiliki sebanyak 33 biji atau 100 biji.
Jumlah itu adalah kebiasaan yang dijual oleh pembuat tasbih terutamanya di Kota Mekah.
Berakhirnya musim haji ini, jemaah yang berpeluang mengerjakan ibadah itu pasti tidak akan terlepas untuk membawa barangan istimewa itu untuk diberi kepada keluarga mahupun kenalan.
Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mempunyai pengalaman yang berbeza daripada orang lain.
Berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @syierah_azman, ibunya dipercayai baru sahaja pulang dari Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji.
Namun apa yang menarik, tasbih yang dibeli oleh ibunya adalah lain daripada yang lain pernah kita jumpa di pasaran Malaysia khususnya.
Menurutnya, ibu wanita itu telah membeli tasbih tersebut di Mekah. Apabila dibuka dekat rumah baru tahu bahawa ibunya telah tersalah membeli tasbih.

Tasbih itu berukuran sangat panjang dan berbeza daripada tasbih-tasbih yang kebiasaannya dijumpai dan digunakan oleh orang Malaysia.
“Beli dekat Mekah. Buka dekat rumah baru tahu salah beli,” tulis kapsyen muat naik video berkenaan.

Menerusi balasan komen wanita tersebut di ruangan komen, tasbih itu dikatakan berjumlah 1000 biji.

Perkongsian video itu juga telah berjaya menarik pengguna media sosial yang lain. Mereka juga telah meninggalkan komen yang pelbagai mengenai perkongsian tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Boleh kongsi satu saf,” tulis seorang netizen yang bergurau.
“Hahaha! Takpe banyak pahala tu boleh dapat,” tulis seorang lagi netizen.
“Hahahaha ada sama dekat rumah,” tulis seorang lagi yang memiliki tasbih yang sama.
Sumber: TikTok/@syierah_azman