Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Korea Kongsi Barangan Yang Dibawa Pulang Dari Malaysia
Melancong ke negara orang sudah tentunya menawarkan satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.
Apatah lagi, dapat mengenal budaya dan adat masyarakat di sana dengan lebih dekat. Pastinya, banyak gambar diambil sebagai kenang-kenangan di lokasi-lokasi yang dikunjungi.
Selain itu, cenderahati atau barangan dari tempat berkenaan antara benda wajib dibawa pulang seperti pakaian, makanan, permainan dan banyak lagi.
Begitu juga seorang wanita dari Korea Selatan ini yang berkongsi benda wajib dibawa pulang ke kampung halamannya tiap kali berkelana di Malaysia.
Menerusi klip yang dikongsikan TikTok @seonma_shin, memaparkan pelbagai produk makanan yang diborongnya.
"Yang pertama, Cham, Kopi Putih & Hazelnut Coffee. Mak saya juga pesan untuk bawa pulang satu cawan kopitiam dari Malaysia.
"Keropok Mi-Mi, Mamee, Sour & Gummy, biskut Julie's, biskut Hup Seng" sambil memberitahu bahawa ibunya sangat gemar cicah roti bersama air kopi.

Selain itu, terdapat juga jajan-jajan lain seperti Roller Coaster dan benda wajib beli semasa datang Malaysia adalah Super Ring.
Seonma juga berkongsi, rakan-rakannya sangat gemar dengan manisan coklat dari produk Beryl.
Malah biskut seperti Kuih Momo, Biskut Chocolate Chip, Tart Nenas (kegemarannya), Kek Lapis, sambal ikan bilis dan banyak lagi juga diborong untuk dibawa ke sana.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat barangan yang ingin dibawa pulang wanita itu ke Korea Selatan.
Sebahagiannya turut memberikan saranan produk-produk Malaysia lain yang boleh dibawa pulang.
"Wah, mak awak dah macam orang tempatan, suka makan biskut Hup Seng cicah kopi," komen seorang pengguna.
"Pening cik abe dia tengok. Banyak sangat-sangat. Apa-apa pun terima kasih suka makan makanan dari Malaysia," komen seorang pengguna.
"Awak balik buka kedai runcit dekat Korea ka," seloroh seorang pengguna.
"Pes laksa Sarawak jangan lupa," tulis seorang lagi.
"Kalau Sabahan borong Gardenia, Korean borong abisss," komen seorang lagi.