Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Lelong Set Barang Kemas, Kumpul Dana Bina Rumah Anak Yatim

Syed Faisal Sayed Muhammad
Lelong set perhiasan
Kredit Facebook/Natipah Abu

Wanita Lelong Set Barang Kemas, Kumpul Dana Bina Rumah Anak Yatim

Malaysia sememangnya sebuah negara yang sangat bertuah kerana mempunyai rakyat yang baik hati dan berbudi pekerti.

Setiap hari, kita disajikan dengan kisah tentang orang baik yang sentiasa mendahulukan keperluan insan lain melebihi diri sendiri.

Mereka yang memiliki sifat seperti ini sudah pasti sangat disenangi dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Misalnya, kisah seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu yang sanggup berbuat apa sahaja demi mengumpul dana untuk membina rumah anak yatim.

Menerusi hantaran di laman facebooknya, Kak Pah mendedahkan dia mengambil keputusan untuk melelong set barang kemas miliknya untuk tujuan tersebut.

Lelongan itu akan dibuat dalam satu majlis makan malam amal yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

“33 tahun lamanya dalam simpanan. Set ini akan dilelong pada malam Majlis Makan Malam Amal Dana Pembinaan Rumah Anak Yatim di Hotel Park Avanue, 20 Januari kelak.

“Kecil-kecil dulu, tengok sepupu saya kawin pakai set ni, maka saya kawin pun nak jugak set ni.

“Lepas tu, tak pernah pakai pun,” tulis Kak Pah.

Set perhiasan sudah berusia lebih 30 tahun

Menurut Kak Pah, set perhiasan itu akan dilelong pada harga yang murah bagi mereka yang berminat.

Hasil lelongan itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam tabung pembinaan rumah anak yatim.

“Masa berlalu tak mahu dah simpan. Jadi nak lelong murah-murah kepada yang berminat. Hasil lelongan akan masuk ke tabung pembinaan rumah anak yatim.

“Turut dilelong dua bentuk cincin emas putih bertatah berlian sumbangan penderma dari HABIB JEWEL.

“Harga lelong, 10 peratus dari harga pasaran,” tulis Kak Pah lagi.

Kata Kak Pah kepada SK, set perhiasan yang dikenali sebagai ‘set mastora’ itu dijual pada malam tersebut sebagai tanda kenang-kenangan.

Selain itu, Kak Pah berkata bahawa mereka yang berminat turut boleh membeli meja dalam majlis makan malam tersebut.

Meja itu dijual pada harga RM2,500 dan sehingga kini hampir 50 meja telah terjual.

Semoga segala perancangan baik Kak Pah ini mendapat sambutan dan diberikan ganjaran yang melimpah ruah.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Facebook/Natipah Abu