Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Maut Tercampak Dari Van Di Lebuhraya KESAS

Hannah
Wanita Maut Tercampak Van KESAS
Gambar: Orang awam

Wanita Maut Tercampak Dari Van Di Lebuhraya KESAS

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki pada 2.58 petang.

“Mangsa berusia 44 tahun berasal dari Menglembu, Ipoh, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

Aidil berkata pemandu van melarikan diri dan motif kejadian masih dalam siasatan.

BACA: Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

BACA: Insiden Kemalangan Pesawat Hawk TUDM Semasa Pendaratan – TUDM

BACA: Bank Rakyat Jayakan Program BaktiRakyat Di Pulau Sebatik, Tawau

Sumber: BERNAMA