Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Wanita Meninggal Dunia Selepas Selesai Baca Yasin Di Masjid
Alor Setar — Seorang jemaah wanita dilaporkan meninggal dunia di ruang solat utama Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir, pada Khamis.
Memetik Astro Awani, jemaah yang dikenali sebagai Rosnah Ramli, 60, itu ditemukan jemaah lain ketika sedang membaca doa sebaik selesai membaca surah Yasin pada jam 8.25 malam.
Menurut Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah, Allahyarhamah tiba-tiba rebah dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan.
“Wanita itu hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yasin bersama jemaah lain di masjid ini.
“Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.
“Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Tambahnya lagi, Allahyarhamah sering ke masjid tersebut bersama suaminya untuk menunaikan solat jemaah.
“Suaminya juga kelihatan tenang reda dengan pemergian arwah,” jelasnya.
Sementara itu, jenazah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena pada hari ini.
Sumber: Astro Awani