Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Wanita Minta Idea "Hashtag" Majlis Kahwin, Komen Netizen Buat Ramai Tak Kering Gusi
Di era moden ini, setiap detik penting dalam kehidupan sering dirakam dan dikongsikan untuk kenangan sendiri mahpun tatapan orang lain.
Kini, majlis perkahwinan bukan lagi sekadar busana indah, dekorasi pelamin atau momen akad nikah semata-mata.
Kebelakangan ini, trend penggunaan "hashtag" khas bagi majlis perkahwinan sudah semakin popular.
Fungsinya bukan sahaja memudahkan tetamu menghimpunkan gambar dan video dalam satu carian, ia turut menjadi identiti majlis perkahwinan itu sendiri.
Namun begitu, tidak semua orang mempunyai idea kreatif setiap masa.
Ada yang buntu memikirkan gabungan nama yang sesuai, ada pula yang risau "hashtag" kedengaran janggal.
Baru-baru ini, satu perkongsian seorang wanita di media sosial menjadi tular apabila dia meminta bantuan netizen untuk mencadangkan "hashtag" unik sempena hari perkahwinannya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @sara_akilah di Threads, wanita itu dilihat berkongsi namanya dan pasangannya.
Help, I need a hashtag idea for my wedding
Him: Haikal
Her: Sara
Dalam perkongsian seterusnya, dia mendedahkan nama penuh lelaki tersebut sebagai rujukan dan memudahkan lagi netizen untuk memberi cadangan.
Can also if
Him: Haikal Hakim
Me: Sara
hehe
Walaupun permintaannya kelihatan ringkas, ia cukup untuk mengundang kehadiran netizen dengan idea-idea yang kreatif dan mencuit hati.
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, peluang keemasan itu terus direbut oleh para netizen tanpa berlengah.
Maklumlah, bukan warganet Malaysia namanya kalau tidak "turun padang" menceriakan suasana dengan idea-idea di luar jangkaan.
Dalam kalangan ratusan komen yang membanjiri ruangan tersebut, ada yang benar-benar serius mahu membantu mencadangkan "hashtag" yang bermakna.
Pada masa yang sama, ada juga yang jelas mengambil kesempatan untuk berjenaka dan berseloroh.
Hasilnya, satu demi satu komen yang dibaca menghiburkan sehingga sukar menahan ketawa.
Tidak hairanlah perkongsian tersebut terus mendapat perhatian daripada pengguna Threads.
Untuk memudahkan pembaca, kami kongsikan beberapa cadangan paling mencuit hati dan kreatif sebagai tatapan di bawah.



