Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Rusia 'Hairan' Rumah Kampung Di Malaysia Tiada Benda Ni

Wanita Rusia 'Hairan'
Kredit: TikTok Smirnova July

Wanita Rusia 'Hairan' Rumah Kampung Di Malaysia Tiada Benda Ni

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Apabila merantau ke negara orang, banyak pengalaman atau perkara baharu yang kita akan lihat dan alami.

Pengalaman ini menjadikan pemikiran kita lebih terbuka dan meluas, sekaligus dapat merasai perkara yang berbeza dari negara sendiri.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini perkongsian seorang wanita Rusia mencuri tumpuan apabila dia meluahkan rasa 'pelik' melihat satu perkara ini di Malaysia.

Mana pagar?

Menerusi video di TikTok, Smirnova July tertanya-tanya mengapa kampung-kampung di Malaysia kebanyakannya tidak mempunyai pagar rumah.

"Saya ada satu pertanyaan mengenai kampung-kampung di Malaysia, mana pagar-pagar rumah?

"Tiada dinding, tiada penghadang, yang ada hanya halaman rumah yang terbuka. Ia kelihatan sangat tenang," katanya.

Menurutnya lagi, jika di Rusia, setiap rumah perlu ada pagar.

"Semakin tinggi pagar itu, semakin baik," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen Malaysia yang memberi respon terhadap pertanyaan itu dan turut berseloroh.

"Kami ada samseng kampung (merujuk kepada angsa)"

"Sebab harapkan pagar, pagar makan padi sebab itu rumah kampung kami tak pasang pagar"

"Rumah kampung biasanya tak perlukan pagar, kami tanda tanah dengan pokok-pokok atau bunga"

"Pagarnya halimunan, silap langkah merana badan, gitu"

"Sebab nanti takde tempat parking"

"Kami ada angsa jadi pengawal keselamatan"

"Sebab rumah kami dah 'pagar'"

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 3.9 juta tontonan di TikTok.