Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wanita Rusia Terkejut, Rakyat Malaysia Tak Minum Santan

Iqbal Yasir
rusia tak minum santan malaysia
Gambar: TikTok @katrinviolinqueen,

Wanita Rusia Terkejut, Rakyat Malaysia Tak Minum Santan

Daripada gulai hinggalah masak lemak, santan sering menjadi bahan asas yang penting dalam masakan kerana mampu memberikan rasa berkrim, lemak dan aroma yang menyelerakan.

Boleh dikatakan, tanpa santan, sesetengah menu akan terasa kurang dan tidak ‘kick’.

Walaupun sering digunakan dalam masakan, lazimnya masyarakat kita tidak mengambil santan dalam bentuk mentah atau asli. Sebaliknya, ia perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan, sama ada sebagai kuah, pencicah atau ramuan dalam kuih-muih

Namun, lain pula bagi sesetengah rakyat Rusia kerana mereka sedia meminumnya terus secara mentah susulan terdapat khasiat tertentu untuk kesihatan badan.

Menerusi perkongsian video seorang wanita Rusia di plafform TikTok @katrinviolinqueen, memberitahu bahawa dia terkejut pada awalnya selepas mengetahui bahawa rakyat Malaysia tidak pernah menikmati santan mentah yang dijual di dalam pasaran.

“Apabila saya berpindah ke Malaysia, saya terkejut apabila mengetahui bahawa orang tidak pernah minum mentah santan itu sendiri.

“Anda boleh membelinya dengan mudah di pasaran,” katanya.

Dalam klip itu, dia juga memaklumkan bahawa santan ini lazimnya digunakan oleh rakyat Malaysia dalam masakan seperti kari, tom yam, namun memasak santan akan membuatnya kehilangan kandungan nutrien dan enzim.

Gambar: TikTok @katrinviolinqueen

Menurutnya, asid laurik dan antioksidan yang terdapat dalam santan ini sebenarnya mampu membantu kulit kelihatan bersinar dan otak berfungsi dengan lebih bagus.

Disebabkan itu, dia berkongsi cara mudah untuk menikmati santan, iaitu membekukan cecair itu ke dalam kiub ais. Jelasnya, dia sering mengambil satu kiub ais santan pada setiap pagi untuk dinikmati.

Boleh Buat Pencuci Mulut

Selain itu, dia juga menjelaskan santan mentah lebih sedap dijadikan sebagai pencuci mulut dengan menggunakan bahan benih chia, sedikit gula melaka dan mangga.

Semua bahan berkenaan kemudian perlu dikisar bersama santan sehingga sebati. Setelah siap, makanan itu boleh disimpan ke dalam peti ais selama setengah jam sebelum dinikmati.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video berkenaan dan turut memberitahu bahawa masyarakat di sini sebenarnya turut meminum santan.

“Kita minum lah santan, bila dah jadi cendol,” k0men seorang pengguna.

“Kita minum bila dah campur gula.. tapi betul lah better minum fresh.. tapi tunggu bila tekak ok,” komen seorang lagi.

Sumber: TikTok @katrinviolinqueen

BACA: Banjir Di China: Lelaki Diselamatkan Oleh Dron