Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
dron selamatkan lelaki banjir
Gambar: X @Shanghaidaily

Banjir Di China: Lelaki Diselamatkan Oleh Dron

Iqbal Yasir

Banjir Di China: Dron Jadi Wira, Selamatkan Lelaki

GUANGXI — Baru-baru ini, tular seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung berjaya diselamatkan menggunakan dron ketika banjir yang melanda di wilayah Guangxi, selatan China, lapor The New York Post.

Menurut laporan stesen penyiar rasmi China, CCTV, insiden tersebut berlaku ketika seorang pengendali dron, Lai Zhongxin, sedang mengangkut barangan milik penduduk kampung yang dipindahkan akibat banjir.

Sewaktu melalui kawasan itu, dia secara tidak sengaja ternampak kelibat seorang lelaki yang berpaut di atas bumbung sebuah rumah yang ditenggelami banjir.

Lai mengambil tindakan berani untuk menggunakan dron miliknya untuk mengangkat lelaki berkenaan dengan bantuan tali panjang sebelum menurunkannya ke lokasi selamat.

Video berkenaan kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi positif orang ramai, yang memuji tindakannya.

Difahamkan, dron berkenaan biasanya digunakan untuk menyembur baja atau membawa bahan binaan, namun dalam insiden kali ini ia berjaya menyelamatkan nyawa.

Enam Maut, Banjir Landa Di Barat Daya China

Sebelum ini, sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut manakala lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat banjir besar yang melanda wilayah barat daya China, lapor media rasmi negara itu, Xinhua.

Difahamkan, kira-kira 80,900 orang telah dipindahkan dari wilayah Guizhou pada petang Selasa.

Banjir yang melanda wilayah itu kali ini disifatkan sebagai banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun, dengan paras air di beberapa sungai utama meningkat secara mendadak sejak Selasa lalu.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan menunjukkan deretan kedai di tingkat bawah bangunan ditenggelami air sepenuhnya.

Di daerah Rongjiang, sebuah padang bola dilaporkan tenggelam di bawah air sedalam 3 meter, menurut agensi berita tersebut.

Pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran berkenaan risiko banjir kilat dan arus deras di kawasan pergunungan di bahagian timur, tengah, selatan, dan barat daya negara itu susulan hujan lebat yang melanda beberapa wilayah.

BACA: Cetus Panik, Ular Tedung Melingkar Masuk Depan Rumah

BACA: Thailand Bakal Jadi Tuan Rumah Festival Muzik Tomorrowland

Sumber:

New York Times