Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Kelantan.
Selain itu, hujan turut melibatkan daerah Sik dan Baling di Kedah.
Di Perak, ia melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Bagi negeri Terengganu pula, hujan diramal di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Manakala di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.
Di Sabah pula hanya melibatkan kawasan Sandakan (Telupid dan Beluran).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.